Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Adab dan etika berdebat

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Mohon komen ustaz tentang berdebat di khalayak ramai.

Jawapan:

Kita kena ingat firman Allah di dalam Al-Quran,
اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik.” (surah An-Nahl, 16: 125)

Maksudnya perdebatan hendaklah dilakukan dengan penuh adab dan etika, bukan bertujuan untuk menang, jauh dari maki hamun, caci maki, tidak mengaibkan dan memalukan. Ini semua merupakan hal-hal yang penting yang perlu diletakkan sebagai garis panduan dalam perdebatan.

Dalam Islam, para ahli ilmu sangat membenci perdebatan kerana dibimbangi orang yang berdebat dengannya itu bukan menginginkan al-haq (kebenaran) tetapi mereka sekadar ingin menang. Jadi mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memastikan pihak lawan tersalah, kalah dan tewas.

Maka mereka akan menggunakan kaedah provokasi, membangkitkan isu-isu peribadi, juga hal-hal yang tidak ada kaitan dengan topik perbincangan dan sebagainya. Akhirnya kita mungkin akan termakan dengan ajakannya sehingga turut beremosi dalam menjawab, meninggalkan adab-adab, melakukan sindiran dan terperangkap dalam hal tersebut.

Sebab itu ulama terdahulu sekiranya perlu untuk mereka berdebat, mereka akan meletakkan garis panduan;

  1. Debat bukan untuk menang tetapi untuk mencari kebenaran;

  2. Orang yang berdebat hendaklah orang yang ada ilmu, adab, dan etika;

  3. Apabila kebenaran itu dibuktikan hendaklah menerimanya walaupun terpaksa tewas;

  4. Moderator hendaklah orang yang tidak mempunyai kecenderungan dan bersikap adil;

  5. Orang yang hadir hendaklah beradab dan tidak mengganggu majlis;

  6. Kalau perdebatan di dalam facebook, orang yang tiada ilmu jangan komen, biarlah ia berlangsung dengan suasana ilmiah dan rasa hormat.


Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

Ustaz Fathul Bari: Adab dan Etika Dalam Berdebat
Adab dan etika berdebat Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.