Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Membayar Zakat Fitrah Menggunakan SMS?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Bolehkah membayar zakat fitrah menggunakan SMS?

Jawapan:

Membayar zakat fitrah menggunakan SMS memang mudah, memang ianya teknologi. Tetapi soalnya adalah itu yang dituntut di dalam Islam?

Kalau sebelum ini orang berkata untuk membayar zakat fitrah perlu ada doanya, akadnya, dan perkara seumpamanya, sekarang ini mereka membayar zakat menggunakan SMS pula. Di manakah akadnya dalam SMS? Itu isu pertama.

Isu kedua, adakah cara pembayaran zakat dengan cara memotong duit (kredit) sebanyak beberapa ringgit itu sesuai dengan petunjuk Nabi SAW?

Zakat fitrah di dalam Islam secara asalnya menurut mazhab Syafi’i yang tulen, bahkan praktik Nabi sejak zaman baginda SAW lagi, mereka membayar zakat fitrah dengan makanan asasi.

Kalau kita di Malaysia, makanan asasi kita adalah beras. Maka apabila beras adalah makanan asasi, kita mestilah mendahulukan benda yang mesti didahulukan.

Ada orang mengatakan, terlalu banyak beras jika setiap orang memberi beras, sehingga boleh roboh rumah si miskin. Mereka mencadangkan untuk memberikan wang ringgit atau benda-benda lain. Saya ingin mengatakan bahawa zakat ini adalah syariat. Ia adalah hak Allah SWT maka disebabkan itu ia tidak boleh diberikan kecuali kepada orang yang telah ditetapkan oleh-Nya sebagai yang berhak menerima, dan tidak boleh diberikan kecuali dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Dan zakat pula ada pelbagai; selain zakat fitrah, ada zakat harta, zakat perniagaan, emas dan sebagainya. Zakat-zakat itu semua (selain zakat fitrah) dikeluarkan dengan duit.

Adapun zakat fitrah telah ditetapkan oleh Nabi SAW, dan sebab itu juga telah menjadi kesepakatan para ulama di dalam mazhab Syafi’i dan menjadi muktamad dalam mazhab Syafi’i bahkan jumhur ulama sama ada mazhab Maliki dan Hanbali (kecuali mazhab Hanafi sahaja) kesemua mazhab ini bersepakat dan lebih tegas lagi di dalam Mazhab Syafi’i bahawasanya tidak sah membayar zakat menggunakan duit, sebaliknya mesti mengeluarkan zakat fitrah dengan makanan asasi.

Cari makanan asasi atau makanan ruji, kita mesti berusaha untuk mendapatkannya dan perkara tersebut tidaklah susah. Sebab itu sering saya katakan, apabila kita beriman dengan Laa-ilaaha-illallah, kita mesti berusaha mencari perkara-perkara yang paling dekat dengan Allah SWT atau perkara-perkara yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah UFB, oleh Biro Penerbitan & Multimedia iLMU
Membayar Zakat Fitrah Menggunakan SMS? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Pewartaan/PewartaanFatwa2011/PewartaanFatwa2011(1).pdf

    ReplyDelete
  2. Salam, Ustaz,
    Bolehkah terangkan pandangan ahlus sunnah wal jamaah mengenai hukum zina.
    Sebelum ini yang kita ketahui
    Hukum bagi penzina yng belum berkahwin 100 sebatan dan berkahwin,
    Bagi yang sudah berkahwin direjam sehingga mati.
    Tapi saya pernah dengar dari kawan saya bahawa hukum 100 sebatan datang kemudian dari hukum rejam menyebabkan hukuman rejam terbatal. Mohon pandangan ustaz dari sudut hadis n alquran. terima kasih

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.