Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Waktu berpuasa

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Waktu Berpuasa


Hadis daripada ‘Ady Ibn Hatim,



لَمَّا نَزَلَتْ { حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنْ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ } عَمَدْتُ إِلَى عِقَالٍ أَسْوَدَ وَإِلَى عِقَالٍ أَبْيَضَ فَجَعَلْتُهُمَا تَحْتَ وِسَادَتِي فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ فِي اللَّيْلِ فَلَا يَسْتَبِينُ لِي فَغَدَوْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ لَهُ ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكَ سَوَادُ اللَّيْلِ وَبَيَاضُ النَّهَارِ

Maksudnya: “Ketika turun firman Allah, ‘Sampai jelas bagi kalian perbezaan benang yang putih dari benang yang hitam.’ Maka aku pun mengambil tali berwarna hitam dan tali berwarna putih dan aku meletakkan keduanya di bawah bantalku, pada waktu malam aku mengamatinya namun perbezaannya juga tidak jelas bagiku. Keesokan harinya aku pun pergi menemui Rasulullah SAW dan aku ceritakan hal itu kepadanya. Maka baginda bersabda, “Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah hitamnya malam dan putihnya siang.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Perhatikanlah bagaimana sikap sahabat Nabi RA. Beliau mengambil ayat Al Quran itu seperti mana ia diturunkan. Ini menunjukkan bahawasanya para sahabat RA menjadikan Al Quran itu sebagai dasar dan rujukan asas. Apa jua permasalahan dikembalikan kepada Al Quran dan Al Hadis.


Apabila beliau melihat Al Quran menyatakan sedemikian, beliau beriman dengannya dan kemudian merujuk kepada Nabi SAW. Beliau tidak mengamalkannya mengikut kefahamannya sendiri tetapi beliau bertanya kepada Nabi SAW untuk mendapatkan penjelasan. Nabi SAW menceritakan bahawa hitam itu maksudnya malam dan putih itu maksudnya siang. Maka beliau pun berpegang dengannya dan digigitnya hadis Nabi SAW dengan gigi geraham.


Maka apabila kita pada hari ini sudah jauh daripada zaman Nabi SAW, usaha-usaha untuk merujuk kepada Al Quran perlu dilakukan. Usaha untuk merujuk kepada As Sunnah dengan kefahaman yang benar perlu dilakukan melalui ulama-ulama yang rabbani.


Ada banyak hadis-hadis lain tetapi di sini sudah memadai sekadar untuk kita mengetahui bahawasanya masuk waktu untuk kita berbuka puasa adalah ketika tenggelamnya matahari dan masuk waktu untuk kita mula berpuasa adalah apabila naiknya fajar shadiq.


Sedikit  penjelasan tentang fajar shadiq, sabda Nabi SAW,
الفجر فجران: فأما الفجر الذي يكون كذنب السرحان فلا يحل الصلاة و لا يحرم الطعام و أما الفجر الذي يذهب مستطيلا في الأفق فإنه يحل الصلاة و يحرم الطعام

Maksudnya: “Fajar itu ada dua: Adapun fajar yang seperti ekor serigala (fajar kadzib yang arahnya tegak meninggi), maka saat itu tidak boleh solat (subuh) dan dibolehkan makan. Adapun fajar yang bentuknya memanjang melintang di ufuk (fajar shadiq), maka saat itu dibolehkan solat (subuh) dan diharamkan makan (bagi yang berpuasa).” (riwayat Al Hakim, dinilai sahih oleh Syaikh Albani)



Waktu berpuasa Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:01 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.