Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Taqlid dalam agama

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Apakah asas bagi orang yang bertaqlid?


Jawapan:


Asas pertama bagi orang yang bertaqlid yakni orang yang mengikut tanpa mampu menganalisa dan meneliti maklumat-maklumat yang disampaikan kepadanya, mereka boleh merujuk kepada mufti setempat; sama ada mufti negeri ataupun mufti negara.


Harus merujuk kepada mufti setempat bagi orang yang tidak ada kemampuan menganalisa maklumat. Telah dibahaskan tugas-tugas dan tanggungjawab mufti bagi orang yang tidak mampu menganalisa isu, hendaklah merujuk kepada muftinya dan muftinya memberikan pendapat dan pandangan kepada permasalahan mereka.


Bagi orang yang mampu untuk menganalisa dan menyemak maklumat, maka hendaklah dia menilai dan menimbang fatwa seseorang dalam setiap isu. Dia berhak dan perlu menilai dengan neraca Al Quran dan As Sunnah, sesuai atau tidak dengan petunjuk Ahlus Sunnah WalJamaah yakni petunjuk Nabi dan para sahabat.


Itu adalah asas-asas dalam kita menerima atau beramal dengan sesuatu fatwa. Di sini manusia terbahagi kepada dua kelompok;




  • Muqallid (yang bertaqlid) – mereka berhak merujuk kepada mufti atau orang yang lebih alim

  • Muttabi’ (yang mampu menganalisa, meneliti, mengetahui sumber rujukan dan landasan ilmu) – mereka mesti membuat analisa sebelum beramal dengan sesuatu.


Adapun kelompok ketiga adalah mujtahid tetapi saya tidak akan mengulasnya di sini kerana itu termasuk dalam persoalan lain


Walaubagaimanapun, kewujudan muqallid bukanlah kewujudan yang harus dibiarkan mereka untuk bertaqlid selama-lamanya. Sebaliknya Islam memberi saranan agar mereka menuntut ilmu dan meningkatkan ilmu mereka untuk mereka beramal dengan agama.


Wallahua’lam.


Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:


http://www.youtube.com/watch?v=STf0QFkptL8

Taqlid dalam agama Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.