Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Orang bijak tidak bertaqlid

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

ORANG BERILMU TIDAK BERTAQLID


Para ulama melihat kebenaran dan petunjuk itu berada pada sesuatu yang diturunkan oleh Allah dan Rasul. Maka secara automatik mereka menolak taqlid.


Taqlid berasal daripada perkataan qallada – yuqallidu – taqliidan (qilaadah) yang bererti rantai. Apabila seseorang itu dirantai bererti dia akan mengikut secara membuta tuli orang yang merantainya, seperti unta yang dirantai dan mengikut ke mana sahaja ia ditarik.


Berkata Al Imam Ath Thahawi,


لا يقلد إلا أعمى وغبي


Maksudnya: “Tidaklah bertaqlid kecuali orang yang buta dan bodoh.”


Oleh kerana itu apabila para ulama melihat kebenaran dan petunjuk itu adalah seperti yang diturunkan oleh Allah dan Rasul maka mereka menolak taqlid.


Maka adakah dengan perkataan ulama ini bererti orang yang bertaqlid ini bukan orang alim? Jawabnya adalah benar, orang yang bertaqlid bukanlah orang yang alim. Sesungguhnya telah menukilkan sebahagian ahli ilmu tentang ijma’nya para ulama dalam permasalahan ini iaitu orang yang bertaqlid bukan orang alim.


Wallahua’lam.


Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:


http://www.youtube.com/watch?v=wXWUmJoM2Oc

Orang bijak tidak bertaqlid Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.