Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Budaya kafir-mengkafir sesama Islam

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Tuduhan BN Kafir. Apakah hukum orang yang mengkafirkan sedangkan orang itu adalah Islam.


Asas hukumnya adalah begini, sabda Nabi SAW di dalam hadis,




سِبَابُ الْمُؤْمِنِ فُسُوقٌ ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ


Maksudnya: Mencerca orang beriman itu satu kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran.” (riwayat Ibn Abi Syaibah)



Hadis kedua,




إذا قال رجل لأخيه‏:‏ يا كافر، فقد باء بها أحدهما، فإن كان كما قال وإلا رجعت عليه‏


Maksudnya: Apabila seorang lelaki memanggil saudaranya: Wahai si kafir, ia akan patah balik kepada salah seorang dari keduanya. Kalau keadaannya seperti yang dikatakan (maka sungguh dia kafir ), namun jika tidak, ucapan itu akan kembali kepada orang yang mengucapkan. (riwayat Al Bukhari dan Muslim)



Hukum asas dari hadis ini adalah tidak dibenarkan seorang muslim mencerca saudara seagamanya bahkan perlu berhati-hati dalam isu pengkafiran kerana jika tidak betul tuduhan kafir tersebut, ia akan kembali kepada si penuduh.


Sekarang kita bertanya kepada mereka apakah bukti mereka mengatakan bahawasanya BN itu kafir. Kalau sekiranya mereka mengatakan BN kafir kerana bersepakat dengan MIC dan MCA, maka bukankah PAS dan PKR juga kafir kerana bersekongkol dengan DAP, apatah lagi dalam PKR yang bercampur.


Kedua, kalau sekiranya mereka hendak mengatakan kafir itu juga atas sebab kerjasama, dari sudut pendalilan Allah SWT berfirman,



وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam hal-hal kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam hal-hal dosa dan permusuhan.” (surah Al-Maaidah, 5: 2)

Maka asas tolong menolong dalam Islam adalah harus sama ada sesama Islam (itu yang diutamakan) ataupun dengan bukan Islam. Cuma perlu dirincikan bukan Islam yang bagaimana kategorinya yang boleh kita bekerjasama dengan mereka.


Ini yang kebanyakan orang tidak faham dan menganggap semuanya sama. Pukul rata tidak dibolehkan apabila kita membahaskan tentang Islam, ia perlu dibahaskan secara terperinci; orang kafir yang bagaimana yang kita tidak boleh tolong bantu dengan mereka.


Kategori & Jenis-jenis Kafir


Kalau kafir yang ada perjanjian dengan kita (mu’ahadah) maka kita tidak boleh sama sekali menyakitinya dan mengambil hak-haknya dan harus kita tolong bantu dengan mereka. Ataupun kafir dzimmah iaitu kafir yang kita memberi perlindungan kepada mereka dan mereka membayar ufti kepada kita hasil perlindungan yang mereka perolehi. Kafir seperti ini juga kita tidak boleh menyakiti atau mengambil harta-harta mereka. Kata Nabi SAW dalam sebuah hadis, maksudnya:




Barangsiapa yang membunuh kafir yang mu’ahadan (ada perjanjian dengan Islam) maka dia tidak akan dapat mencium bau aroma syurga.”



Yang ketiga adalah kafir yang disebut sebagai kafir musta’man iaitu kafir pelarian yang datang ke tempat kita untuk meminta perlindungan kepada kita kerana berlaku peperangan di negaranya sebagai contoh. Maka apabila dia datang sedemikian, kita dituntut memberi perlindungan kepada mereka. Kata Allah di dalam Al Quran,




وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ


Maksudnya: Kalau ada seorang kafir musyrikin datang kepada kamu meminta perlindungan maka berilah perlindungan kepadanya agar dia dapat mendengar ayat-ayat Allah SWT.” (surah At Taubah, 9: 6)



Yang keempat adalah kafir harbi, yang kita perlu perangi mereka. Mereka inilah yang Allah maksudkan di dalam Al Quran,




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (surah Al Maidah, 5: 51)



Ini perintah Allah SWT kepada kafir yang ada ciri-ciri al-harbi iaitu yang menyakiti umat Islam dan yang mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam secara terang-terangan. Nabi bukan tidak tahu kejahatan yahudi, Nabi tahu tetapi baginda masih lagi tetap mengadakan perjanjian damai dengan mereka. Allah memerintah di dalam Al Quran,




وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم


Maksudnya: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (surah Al Anfal, 8: 61)



Jadi bandingkanlah parti mana yang lebih dominan dari sudut orang Islamnya, kuasa dan suara Islam. Mana yang lebih dominan, mana yang lebih suara umat Islam itu didengari. BN. Sebab UMNO majoritinya Islam dan UMNO adalah dominan dalam Barisan Nasional berbeza dengan Pakatan Rakyat, yang dominan adalah DAP. Hala tuju mereka ditentukan oleh DAP. Ini masalah yang besar.


Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang menghukum secara umum. Perkara ini perlu dirincikan dan dilihat satu persatu.


Wallahua’lam.


Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:


UFB - Tuduhan BN Kafir. Sedangkan Penuduh Juga Adalah Orang Islam


http://www.youtube.com/watch?v=MKUlphvDHM8&feature=plcp



Budaya kafir-mengkafir sesama Islam Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Bagaimana pula dengan tuduhan UMNO kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum hudud? minta pencerahan Ya Ustaz...

    ReplyDelete
  2. Takfir ini terjadi kepada kedua2 pihak SEJAK DULU LAGI sebenarnya ustaz, bukan PAS sahaja malah UMNO. Tetapi sejak akhir-akhir ini penyokong UMNO lebih lantang mengkafirkan saudara muslimnya dari PAS. Mengatakan sebelah pihak adalah tidak adil, malah bukti yg ada kebanyakannya mengarahkan kepada UMNO Contohnya menuduh PAS kafir dan sesat sbb bekerjasama dengan DAP,bekas K.P mengatakan NIK AZIZ bapak kafir..agak keterlaluan, mengatakan NIK AZIZ menjaminkan syurga dll, sedangkan ianya adalah pendustaan kepadanya...

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.