Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Bagaimana mengenal penganut agama Syiah?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:


Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?


Jawapan:


Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.


Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.


Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.


Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.


Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.


Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.


Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.


Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.


Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.


Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.


Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.


Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).


Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.


Cara mengenali mereka


Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.


Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.


Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.


Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,




لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها


Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”



Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.


Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.


Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.


Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.


Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.


Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.


Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?


Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.


Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).


Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.


Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.


Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.


Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.


Menyebarkan syiah melalui perkahwinan


Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.


Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.


Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?


Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.


Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.


Syiah Agama Politik


Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.


Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak kira mereka berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.


Wallahu-A’lam.


Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :


http://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY

Bagaimana mengenal penganut agama Syiah? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

69 comments:

  1. bahaya rupanya syiah ni. tapi ada sorang ustaz yang berceramah tak surau kawasan rumah tu kata syiah ni tak bahaya pun. jangan2 dia tu berfahaman syiah tu yang cakap gitu. takut la

    ReplyDelete
  2. sentana dalem01 January, 2013

    Ujung2nya UMNOlah yang baik itu

    ReplyDelete
  3. ^ masalahnya, x betul ke apa yg ditulis ni? xda puji2 umno pon. terasa ye? haha..

    ReplyDelete
  4. syiah sangat berbahaya namun yang lebih bahaya lagi sesama islam tidak mau bersatu

    ReplyDelete
  5. salah satu mak cik saudara saye adalah syiah.. mereka sangat taksub dengan suami dan tidak menyekolahkan anak mereka.. cara mereka solat pun sangat berbeza..(contohnya.. diorang solat subuh bile nampak cahaya matahari mule naik)

    ReplyDelete
  6. umno yg bgi kelulusan kepada syiah apa nak dikata

    ReplyDelete
  7. https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rD8MoSFO44k bile tgk kekejaman yg berlaku di syira.. puak syiah disana mmg GILA.. tanam org idop2, rogol gadis2.. mengukir tatu pd dahi puak sunni.. huishhh x sggup tgk..

    ReplyDelete
  8. syi'ah itu kelompok yg mengaku keturunan rosululloh., hanya untuk mslh politik., jga banyk bid'ah ny., knp hrus d ikuti,, "man tasabbaha biqoumin fahua minhum"

    ReplyDelete
  9. YA ALLAH. Bahaya mereka ni. Semoga akidah kita kukuh dan tidak makan dengan rayuan pujukan kaum Syiah.

    ReplyDelete
  10. bahaya kot !!!

    ReplyDelete
  11. budisrijaya03 March, 2013

    Syiah juga islam,sesama islam hendaknyalah saling MENGASIHI.andaikan ada yang salah pastilah paham yang tidak benar

    ReplyDelete
  12. yang bahaya itu yg mempublikasikan tulisan ini..
    untuk penulis : antum sudah bener-benar mengetahui tentang syiah atau cuma copy tulisan ??
    antum pelajari dulu ajaran beserta dasar hukumnya, baru antum bisa membedakan mana benar dan mana sesat.

    ReplyDelete
  13. Syiah memang sesat....awasi keluarga dari terjebak...

    ReplyDelete
  14. semoga ulama sunnah di dalam negara kita terus memberi daawah kepada masyarakat ttg bahayanya syiah ini. tidak kira la parti politik mana. tapi jika ada yg bela glongan syiah didalam kelompok mereka, maka perlu kita perbetulkan, jika tidak, kita perlu tolak sepenuhnya!

    ReplyDelete
  15. demi haq Rasulullah dan Ahlulbaytnya
    celaka sungguh celakalah para penyebar fitnah dan perpecahan dikalangan umat islam.
    Amin amin ya Rabbalalamin

    ReplyDelete
  16. shereen rahman16 June, 2013

    terima kasih ustaz kerana menulis artikel ini...

    ReplyDelete
  17. Demi haqnya ahlul Qisa'...orang eperti ini tidak layak dipanggil ustaz sebaliknya inilah orang orang yang lebih menyesatkan atau yang membuat islam in jadi pecah belah dengan dakyahnya, seperti apa yang disabdakan oleh Rasul saw, yang paling ditakuti adalah ulamak suuuk, ulamak yang menyesatkan umat, ini semuanya cerita disebalik politik untuk kepenting didir sendiri untuk menjadi seorang yang bejaya dehadpan maknusia sehingga sanggup menjual agamanya.
    Adakah ia benar benar faham dengan syiah itu sendiri? adakah dia benar benar faham tentang sunnah itu sendiri, seorang yang alim atau ber pengetahuan ia seharusnya mempelajarai agama ini dari berbagai sudut, bukan sekadar satu jalur yang dia ketahui, bahkan dalam sunnah waljamah itu sndiri ada 4 mazhab besar yang dianggap benar walau pun Rasul menyatakan satu sahaja yang benar, tapi adakah dia faham atau mendalami mazhab yang lain tersebut? kenapa tidak mengkaji dan menyelidik secara terperinci kemudian membuat saatu keputusan bukan sekaar copy and paste, dari kebanyakan umat yang menyatakan syiah itu tak benar salah, kafir, dan sbagainya adalah dari copy and paste dari kalangan ustaz2 seperti ini lah sehingga ia merebak dan mebuatkan orang lain semuanya jadi sesat dan bermusuh...setakat ini apa yang dah dilakukan oleh sunnah? dalam membela uamt islam? selama ini apa nilai yang ada serta kemajuan yang ada sebagai umat sunnah? itu sebabnya tiada kekuatan fisikal mahu pun mental dari kalangan mereka itu sendiri....jangan terpedaya dari ustaz yang tidak ada nilai dissisi agama mereka mencari nilai disisi material dalam hidup mereka sehinggakan tidak pedulikan ukhuwah uamt Muhamad saw...mereka inilah yang lebih bahaya ari kalang kuffar seperti disebutkan dala surah AlMunafiqun...

    ReplyDelete
  18. saya sgt setuju...islam kita sekarang sanggup bermusuhan hanya kerana x sefahaman dlm politik...hurmm mohon bersatu laa kite semua kerana Islam..supaya kite dpt bgerak seriring membanteras segala yang x diperlukan...

    ReplyDelete
  19. Afcalista sweet03 July, 2013

    Woww

    ReplyDelete
  20. Herman az-zabur03 July, 2013

    Npa smua org mnganggap syiah it bkn islam.. Pdhl dia punya kyakinan sma dgn sunni tuhan it esa mngakui adanya hr akhir.? Di arab saudi sndiri mnganggap syiah it trmsuk islam.. Klu mmang syiah it bkn islam.. Mngapa pmerintah arab saudi msie membiarkan para kaum syiah untk haji ketanah suci

    ReplyDelete
  21. T.kasih atas artikel di atas..Mmg betul, saya dah bnyak baca buku2 dan mendengar tentang syiah..sgt licik dan kalau kita (ahli sunnah) tak benar2 faham sejarah Islam dan aqidah islam sebenar, mudah terikut dengan Syiah... Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  22. gayo cakap ekau nih dah macam syiah ajo Mohamaed oiii..!!!

    ReplyDelete
  23. Wahai Zila! Apa yang kamu tahu mengenai sejarah, saya mahu tanya apa hadis yang ditinggalkan oleh Rasul saw untuk mengikuti ahlul sunnah? sebelumnya mazhab yang empat ni mereka menganut mazhab apa, maksud saya setelah wafatnya rasul saw? kamu tahu kah boila timbulnya mazhab yang 4 nih? jangan jadi mangsa copy and paste sebenarnya kamu tak tahu apa pon....
    Wahai ant (semutke?) kalau saya syiah, kenapa? apa yang kamu tahu mengenai syiah? cuba bitau saya....saya nak tahu kefahaman kamu mengenai syiah...semuanya ni copy and paste, hanya dengar kata2 orang saja ......mangsa sejarah..

    ReplyDelete
  24. Mohamaed.... Syiah sesat lagi menyesatkan.... Bagaimana pula boleh Syiah ini terbahagi kepada 3? Yang terlampau mencintai Ahlul Bait, yang bersederhana dan yang mengkafirkan para Sahabat Nabi.... Astagfirullahalazim..... Dimanakah nilai keislaman pada diri seorang yang dinamakan Syiah jika ada puak yang menentang para sahabat dan ada juga yang memuji-muji...

    ReplyDelete
  25. Mohammad, tak usah beleter pjg lebar lah. Lihat shj realiti di timur tgh sana (iran,syiria,labenon). Peristiwa menceritakan segala2

    ReplyDelete
  26. saya sudah tgk video ust fatul bari ke Oman.Tetapi kenapa dia tak bersemuka dgn Imam Masjid Syiah? BUkankah ASWJ berkata berguru dgn buku ibarat berguru dgn syaitan? Jadi pngan saya ust tak sepatutnya selongkah di masjid (rumah Allah) tanpa adab.Bukan kah baik jika kita berniat baik bertanya terus agar dpt diberi penjelasan tentang tanah yg di luar masjid (sila tgk video) dan ada buku kecil tentang doa yg dibaca tentang doa karbala. Ust baca tentang doa laknat keatas sahabat iaitu MUawiyah..Apa kata kita pula mengkaji siapa dia Muawayiah ini.& mengapa org Syiah melaknak beliau.Kenapa Jom kita pula mulakan edisi siasat versi sunnah & syiah.Baru adil!! Kita perlu kaji !! Jangan jadi manusia yg tidak menggunakan akal.Jangan asik menerima shj ilmu yg disampaikan...kerana jgn lupa bhwa Nabi pernah bersabda bhwa Islam itu berpecah kpd 73 golongan.....Jgn terlalu selesa dgn pegangan kita kerana Islam di Tanah Arab tlh lama smpai tetapi di tanah melayu ataupun Nusantara jauh beza masanya..Bgmna kita nak menuduh mereka tak betul jika Syiah tlh lama diamalkan.
    (1)Sebagai contoh: Jika si A baru shj kenal Islam .Belajar pun tak abis2 kerana ilmu Islam itu luas baik dr segi ilmu Fekah maupun tauhid khususnya.Tetapi dia boleh melabel mereka si B yg telah lama kenal; islam...
    (2) Bagaimana Islam sampai ke Nusantara & siapa yg menyebarkannya.
    (3) Ayuh apa kata kita korek..kita cari Sunnah atau Syiah yg smpai ke sini? Tak salahkan kita guna akal yg allah ANUGRAH kan ini utk mencari kebenaran.Tetapi sebelum mengkaji perlu ada niat dlm hati bhwa tiada rasa benci kpd mana pihak2 baik ASWJ maupun Syiah...baru adil bukan?

    APALAGI JOM BUKAK HATI DGN TERBUKA!!

    ReplyDelete
  27. sYRIA SYIAH????? BETOL KE NI??? KENA BUAT HOME SIKIT NI. pEMIMPIN BASYAR KAN SUNNI?

    ReplyDelete
  28. MAAF,BETUL KE MEREKA TAK MAU BERSATU? ABIS BGMNA DGN DI MSIA? ISLAM KAT MSIA BERSATU KE? SEBAGAI CONTOH PARTY PAS & UMNO? ULAMAK PUN BERBEZA PDPT.uLAMAK PAS KATA UMNO KAPIR...ULAMAK UMNO PUN KATA PAS KAPIR?? ADUI PONNIG KEPALO DEN...KATANYA MSIA NI ASWJ.TP DUA2 DOK KAPIR MENGKAPIR? DAH MACAM ORG CINA & INDIA LA PLK RASANYA. ABIS SAPA YG TAK KAPIR?
    PERNAH TAK ANDA TPIKIR DLM PAS PUN MASIH ADA YG TAK BERSATU JIKA TDK KNPA ADA PEMIMPIM PAS YG KELUAR PARTY? ITU BELUM MASUK RAKYAT ISLAM MSIA YG TDK BERSATU
    HATI. TETAPI SYIAH KE MEREKA????????? ADUH PONING AKU DGN ORG2 YG SUKA CKP TAK PIKIR...PATUTLAH ISLAM NI SENANG KENA TIPU.INILAH CARA YAHUDI MENYEDARKAN RACUN KPD ORG ISLAM...LEMAHNYA ISLAM KETIKA INI...KERANA SUKA MENDENGAR SESUATU BERITA TANPA MENILAI TERLEBIH DAHULU.AMAT MEYEDIHKAN!!!

    ReplyDelete
  29. Zila: Kalau orang mudah menerima syiah artinya itu yang haq, kerana haq itu tidak akan hilang pasti dipelihara oleh Allah.Hanya orang2 yang berakal dan berhati bersih sahaja yang akan menyatakan Syiah itu benar. Secaa lojika akal dan fitrah maknusia itu menerima sesuatu yang benar, tapi ia pasti dari hati yang bersih.
    Niessari: Kalau awak bertanya mengapa syiah boleh terbahagi 3? ertinya awak tidak tahu apa2 pun, ini yang dikatakan copy and paste. Awaka mudah terpengaruh dari sumber2 yang tidak benar dan jelas.Adakah sahabat rasul saw itu maksum? sehingga kita tidak boleh menyatakan sesuatu? Kenapa Allah turunkan ayat alMunafiqun ditengah2 pendakwahan Rasul saw? Ertinya Allah memberikan amaran ada dikalangan sahabat ketika itu munafiq (gunting dalam selimut) ingin berniat buruk kepada risalah rasul saw ketika itu.Tidak adakah orang2 munafiq ketika ini?
    SOALAN SAYA: Mazhab apakah yang mereka gunakan setelah rasul saw wafat? Kalau and bermazhab aswj(khususnya Assafyie) bila lahirnya beliau? Siapa gurunya keempat empat Imam aswj ni? kalau anda faham hal ini anda akan terus bertanya pada diri anda, adakah aku berada dalam fahaman yang baik/betul atau yang terbaik/lagi yang haq?
    Ana: Anda dapat maklumat yang tidak benar, anda cari siapa yang membela Palastin? negara islam mana yang tidak bergantung dengan negara kuffar? Apa yang negara Islam lain lakukan bagi mempertahankan Palastin? Apa yang orang2 Palastin katakan pada negara Islam Iran, Lebenon dan syria, kerana mereka lebih dekat dan faham dengan apa yang mereka alami.Apa yang anda tahu dengan cerita disana? Kalau perlu anda leterkan pada saya, sejauh mana yang anda faham, atau anda juga orang2 yang beramal dengan copy and paste...Jangan kita jadi seperti keledai yang memikul banyak kitab tapi tak tahu apa2 pun....

    ReplyDelete
  30. yoler....pakcik je la betul.....pakcik sorang je la tinggi ilmunya......pakcik sorang je la tau sejarah..... pakcik sorang je la tau pasal syiah.......pakcik je la yang tak copy&paste.....hats off to u...

    ReplyDelete
  31. awak syiah eiyyyyyyyyyyyy? hohoho

    ReplyDelete
  32. iyolah tu dek...

    ReplyDelete
  33. hish betul mamat ni syiahh

    ReplyDelete
  34. Melaknat manusia?..dalam Al-Quran Syiah dibenarkan ek?..

    ReplyDelete
  35. mohon share

    ReplyDelete
  36. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Syiah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah

    Wallahualam

    ReplyDelete
  37. mcm kenyataan wakil syiah je nie

    ReplyDelete
  38. dia suka syiah pasal ada kahwin kontrak (mutaah)

    ReplyDelete
  39. Yenny,
    bagusla kamu mengajak org berdamai dari membenci (sifat yg mulia). Tapi mengenal pasti kebenaran antara syiah dan sunnah nampaknya anda dikalangan yg terlambat mengkaji. Para ilmuan2 di malaysia adalah antara yg paling cekap mengkaji dari menguji.
    sebab tu saya tak setuju apa yg en mohamad diatas perkatakan!
    Yenny, kerana anda diantara yg lambat mengkaji, anda berpotensi menyebabkan fahaman yg tak baik meresap masuk didalam minda manusia kerana kejahatan tak pernah lambat atau leka.
    serahkan pada ilmuan2 utk menegur dan menasihati kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka, kerana kelak akan dipersoalkan kenapa mereka berdiam disaat mereka menerima sesuatu ilmu dan didalam kedudukan yg betul (Ustaz/Pendakwah).

    Untuk en mohamed, anda kena mintak doa dariNYA agar anda diangkat menjadi 'pemberitahu' i.e ustaz, pendakwah, ulama atau sewaktu dengannya, kerana smua org boleh melemparkan apa yg ada diminda tapi adakah anda layak didengari melebihi org yg diutuskan?

    kalau begitu, lebih baik saya dengar ceramah org2 tua dikampung dari mereka yg dipilih.

    Apa yg saya perolehi dari pembacaan berkenaan sunah atau syiah bnyk kepada catatan manusia semata2 yg mana kita tahu ada kekuatan dan kelemahan masing2! jadi memaksa saya menggunakan 'collective' medium yg lain iaitu "Pancaindera".

    Secara singkat, AFGHANISTAN, IRAQ, LIBYA telah hancur dimana pemimpin asalnya adalah berfahaman sunni dan dibunuh oleh penceroboh (Israel & Christian) termasuk OSAMA Bin LADEN. Hari kita lihat tidak ada satu pun sebab yg munasabah negara2 ini diserang! Yg peliknya IRAN, Hezbollah yg selalu kita lihat menunjuk-nunjuk tentang kekuatan angkatan tentera mereka dan senjata2 canggih yg dibina tidak sedikit pun menolong negara2 Islam lain ketika saudara seagama kita dihancurkan dan diporak perandakan penceroboh. KENAPA??

    secara tak disangka "Pancaindera" yg dianugerahkanNYA ini telah menghantar mesej yg tidak meragukan bahawa ada yg tidak kena tentang IRAN, HEZBOLLAH dan sekutu mereka. tapi dahulu kita tidak didedahkan tentang perbalahan antara Sunni dan Syiah, hingga kita pun merasa pelik kenapa negara2 arab ini di serang. Tapi hari ini satu persatu merungkai tentang persoalan yg terbuku dihati. Rupa2nya ada udang disebalik batu... negara islam arab diserang kerana sudah lama dendam kesumat antara Syiah dan Sunnah bukan kerana minyak, ekonomi atau lain2.

    memaksa kita membuat keputusan dengan "cepat dan tepat" siapa diantara mereka yg lebih layak di pilih. kerana tersalah pilih akan menyebabkan pembunuhan dan kezaliman akan terus dilakukan keatas saudara Islam yg tidak berdosa lebih2 lagi pada kanak2.

    ReplyDelete
  40. Yenny,
    Umno tak pernah kata PAS kapir! tolong betulkan statement anda. Dan kelahiran Syiah majority dari PAS blum satu org pun didapati dari Umno.

    Inilah akibat bila Islam di politikan. (Org2 PAS percaya Islam adalah about Politik - rujuk syarahan TGNI)

    Ramai pakar ilmuan berpendapat SYIAH terhasil dari ajaran "Islam yg dipolitikan"

    kejahilan manusia kerana mengambil sesuatu perkara itu secara berlebihan (melampaui batas) punca kepada "Error of knowledge receipt/deliverable" VS reality of living things. (incl human being)

    ReplyDelete
  41. syiah butoh sial...... bapak ang syiah........n syiah babi

    \

    ReplyDelete
  42. Syiah lebih bahaya dr Yahudi,kerana Yahudi kita kenal sebab mereka kafir,sedangkan Syiah mereka berselindung di sebalik pakaian Islam.

    ReplyDelete
  43. jaga bahasa tu hampa tuelok-elok.kalau tak cukup ilmu dan iman,jangan sebarang cakap.tak takut Allah laknat ke?

    ReplyDelete
  44. samada kamu Syiah, ASWJ, Wahabi, Arqam, Qawaris, AyahPin, UMNO, PAS, Isbuallah dan beratus kumpulan lagi, dihadapan ALLAH nanti kamu semua jawab. Bagi saya orang bertaqwa shj pilihanNya. Segala rahsiaNya akan dceritakanNya. Fikirkan. Musuh utama kamu adalah Syaitan.

    ReplyDelete
  45. salam....maaf mencelah...
    mazhab yang 4 ini kt tnjau sebagai panduan kt memilih jalan melaksanakan agama dalam kehidupan kite berpandukan penjelasan dari al-quran seterusnya di qias oleh para ulama slepas mendapat persepakatan dr para sahabt...
    tapi sy pelik la en.,ohamed...ap yg di katakn oleh pengarang ade betulnya.sbb sy sndri mmpunyai shbt yg berpegang pd agam syiah.
    bukanke syiah ini mengangkat ahlul bait di peringkat yg tertinggi sehingga mereka boleh mengatakan yang tidak elok kepada para shbt yg lain???
    persoalnnye...knp msih wjud kaum dr syiah yg mengabaikan solat....mereka kte bersolat tp x pulak sy nmpk shbt sy tu bersolat.
    bukanke nabi kt yg menyuruh kite mnjga yg lima itu...
    soalan sy yg seterusnya....
    dari kata2 para syiah ni seolah2 kalian tahu ap yg berlaku pd zamn nabi...pada zamn pra shbt...seolah2 kalian berada di saat itu...mengapa terlalu mudah utk kalian mengiyakn semua fhman itu sdangkan terlalu bnyk sumber yg lebih menerangkan tentang islam secara terperinci...
    adakah adil jika kalian membuat kajian dengan menolak kate2 para sahabt???bukankah dengan care itu kajian kalian agak terbatas untuk terus memahami silam itu sendiri??
    sy tidak membela atau menyangkal tentang fhman syiah tetapi bagaimanpun sy seorg berpegangng pd sunnah wal jamaah.
    cume sy berasa hairan....

    ReplyDelete
  46. huhuhhuh yenny...
    betul tu...sy stju dgn ap yg awk kate....
    tapi islam di negara kite ni dah berbahai2...mcm nk berstau kalau semuanya bertuhan kn nafsu...darjat...harta....smuanya meletak dunia di atas kepala bukan menjunjung quran yg di bawa...huhuh

    ReplyDelete
  47. nak jugak tau dalil dr perbuatan tu...solat subuh lepas naik matahari???tp x gunekan kalu kt mntak dalil...sbb syiah ni menolak ap yg di rawikan kepada kt....

    ReplyDelete
  48. Thanks pa ustad, kami tetap mengikuti perkembangan tausiah bapak,ijin share

    ReplyDelete
  49. dekt sini , sper yg syiah, dy yg patut takut dilaknat Allah..

    ReplyDelete
  50. Malaysia hebat mayoritas Islam Aswaja tp sayang pemerintahannya menjadi kambing congek Union Jack Nasrani.

    ReplyDelete
  51. Dalilnya ?

    ReplyDelete
  52. Dr pd zinah.

    ReplyDelete
  53. Bgmn sunni bisa bersatu ? Siapa pemimpinnya saat ini ? Arab saudi sj jd kambing congek amrik yahudi. Malaysia sama saja dibawah Union jack nasrani.

    ReplyDelete
  54. Tahu dr mana ? Kata org atau dr literatur ? Cek dulu deh.

    ReplyDelete
  55. Ulama sunah takut sama sultan , sultan takut sama ratu elisabet , ratu elisabet takut sama yesus. Kesimpulannya ulama sunah takut sama yesus.????

    ReplyDelete
  56. Baru dengar ceramah tentang Syiah dan bahayanya Syiah. memang apa yang Ustaz fathul cakap tu betul dan dikaji sebelum ni... terima kasih Ustaz.

    ReplyDelete
  57. kaum syiah bertaubatlah kamu.......

    ReplyDelete
  58. pengikut syiah duri dalam daging!!

    ReplyDelete
  59. yenny dan mohamaed syiah...xde akal..otak sempit..sng trpengaruh..pk logik pun da le tau syiah ni duri dalam daging..

    ReplyDelete
  60. apa la nk jd manusia zmn skang ni, islam sendiri pun dh tk kenal, malah mengagungkan lg ajaran yg bertentangan dgn islam

    ReplyDelete
  61. Tlg la, umno tu mmg x salah, tp org2 dan penerajunya x brape nk btol ustad... Dari segi ucapan mereka, aurat, mentaliti, agenda, nk panggil ahlussunah pon pyh.. Amik2 pki hukum mana2 yg nak je sy tgk. Buta ke apa ustad? Harap ustad baca komen ni.. Sorry x berhemah, sy org awam je. Ini apa yg saya nampak..Dan syiah mmg telah sesat, amalan dan fahaman nya kafir..x perlu dikaji dan belajar lebih2 dan memeningkn kepala kwn2. wahai syiah2 malaysia, lihat kerosakan yg puak2 kamu semua buat dinegara arab masing2.. Bunuh kanak2, rogol, kejam, mutaah jijik, blom tgk hari arafah korang, berdarah2 mcm kene masuk setan. Tgk tu je dah tau dah ni agama salah, mcm hindu. Hati2 juga dgn sesetengah geng tarikat, mereka pon ada sedikit fahaman yg ustad fb sebut terutama bab iran dan sahabat2 rasulullah serta doa dan zikir ada sebut saidina ali ra.. Wallahualam bis showab.. Sekian.

    ReplyDelete
  62. Betul kata pijo ahmad.. Mengenalpasti penganut syiah adalah bermanfaat kepada semua. Ini dapat menhindari daripada terpengaruh dengannya!

    ReplyDelete
  63. entah la kamu semua ni.apa yg penting siapa yg kafir dan siapa yg islam adalah urusan ALLAH dan DIA yg maha mengetahui..kita sebagai manusia x layak nak menghukum sesiapa.. jika pengikut syiah nyata sesat maka tunggulah azab Allah yang maha pedih.yang paling penting umat islam harus bersatu kerna apa yang penting kerjasama....

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum kepada semua umat Islam. Terima kasih kepada pengutus info ini. Saya dapat sedikit sebanyak ilmu yang saya belum tahu. :)
    What i want to tell here just a little bit opinion from my heart. Who ever you are (sunni/syiah/anything) as long as we hold tightly to these 2 things (Al_Quran and Hadis), believe in Allah and loves Muhammad s.a.w..we are muslim. Dont care what ever people said about you, Allah knows you better right?
    Jadi tidak usah la mengkafirkan orang sesuka hati kita...yang penting kalau kita tahu orang itu sudah lari dari landasan Islam yang betul...cubalah sedarkan dia dan ajak dia kembali kepada kebenaran sekadar kemampuan kita. Jikalau tidak berhasil..berdoalah semoga dia kembali ke pangkal jalan.
    Saya juga makin confius dengan berita2 tentang semua benda ini sunni/syiah/apa2 sahaja...tersgt memeningkan kepala..padahal Islam itu mudah lg indah...ikut ajalah apa yg bawa oleh ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w..senang cerita.

    ReplyDelete
  65. Astaghfirullahaladziim. Semoga Allah lindungi kita dari perkara yg sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  66. Macam manager nie??saya dah suka sorang mamat Iran.sayangnye nk lepas dia...:(

    ReplyDelete
  67. Macam mana nie??saya dah suka sorang mamat Iran.sayangnye nk lepas dia...:(

    ReplyDelete
  68. Eny sumarni30 August, 2014

    terima kasih penjelasannya, saya sudah lebih mengerti sekarang..

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.