Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Adakah DAP itu kafir harbi?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Adakah DAP kafir harbi?


Jawapan: 


Kita tidak boleh menghukum secara umum. Kewujudan DAP adalah diiktiraf dalam politik semasa iaitu kewujudan mereka terhasil daripada demokrasi dan tidak ada satu kata pengharaman atas kewujudan parti mereka.


Cuma apabila kita pergi kepada pendetilan, sikap-sikap atau halatuju beberapa tokoh-tokoh yang popular di dalam DAP secara terang telah menyerang sensitiviti umat Islam tanpa rasa malu atas nama hak asasi manusia.


Apa yang menghairankan adalah saudara-saudara kita yang beragama Islam dan berpenampilan seorang muslim hanya berdiam diri. Mungkin paling jauh mereka akan mengatakan kami tidak bersetuju dan itu pandangan mereka, setakat itu sahaja. Tetapi kalau ada di kalangan pemimpin kerajaan yang menyebut beberapa perkataan yang tidak sehaluan, mereka mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam dan sebagainya.


Ini satu ketidak adilan yang berlaku. Mungkin ada kita mendengar teman-teman kita mengatakan DAP adalah kafir harbi. Tidak, sebab komunikasi dan interaksi dengan kafir harbi berbeza dalam Islam. Antaranya, hendaklah menyempitkan laluan dan jalan mereka, jangan berkomunikasi dengan mereka, susahkan kehidupan mereka, jangan bermuamalah dengan mereka, mereka boleh diperangi, dibunuh, dan sebagainya. Itu hukum ke atas kafir harbi.


Jadi kita jangan mengwar-warkan perkara ini dengan melabel mereka. Cuma ciri-ciri mereka, seperti juga yang Nabi sebutkan di dalam hadis tentang ciri-ciri munafiq,



آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya: “Tanda munafik tiga; apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri, dan ketika diberi amanah maka dia ingkar.” (riwayat Bukhari dan Muslim)



Adakah apabila teman kita berjanji dengan kita kemudian dia mungkiri maka kita boleh mengatakan dia munafiq? Tidak, tetapi dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sebab hukum munafiq adalah kafir. Firman Allah di dalam Al Quran,



إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu di dalam neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An Nisa: 145)



Tempat mereka adalah di neraka yang paling dalam kerana mereka ini kafir. Abdullah bin Ubay kafir, bukan Islam. Tetapi ciri-ciri munafiq itu ada pada orang Islam. Begitu juga ciri-ciri kafir harbi yang menyusahkan umat Islam, menyerang sensitiviti umat Islam ada pada orang-orang dalam DAP.


Wallahua’lam.


Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:


UFB - Adakah DAP Termasuk Dalam Kategori Kafir Harbi..??


http://www.youtube.com/watch?v=eIDPrERpKwk&feature=plcp



Adakah DAP itu kafir harbi? Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. komen ustaz berkaitan MCA dan MIC, jenis sama ke dgn DAP?

    ReplyDelete
  2. MCA pun bercirikan sama dengan DAP, konsisten dlm menolak Hukum islam dan banyak lagi yg x dapat dijelaskan disini..ternyata anta lunak pada satu kafir yg bekerjasama dgn parti anda dan prejudis kepada kafir yg diparti lawan anda.. anda mesti membebaskan diri anda daripada ciri2 ulama ussu''..anta bkn ulama ussu' ttp ciri2 tu ada..maafkan saya.. moga Allah menunjukkan yg hak.. saksikanlah bhw saya sudah sampaikan sebagai hamba ALLAH..yg mencintai ISLAM tmari kita sama2 bersatu diatas yg haq..

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dgn MCA dan MIC kini?
    Sedia yg kita maklum Presiden MCA sedang lantang menghina hukum hudud. Hudud sebahagian drpd Islam. Hina hudud = hina Islam.. Hina Islam = Hina Allah..

    Org bkn Islam begitu lantang memperkatakan ttg Islam, umpama dia tahu asas Islam itu.
    Apa pendapat FBMJ??

    ReplyDelete
  4. Hanafi Jamil23 October, 2012

    Ustaz Fathul mesti dah tahu Chua Soi Lek punya issue. Ustaz bagi la pandangan mana boleh senyap http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/22/kritik-hudud-ibrahim-ali-pertahan-csl/ sy nak tau jugak ustaz jenis apa

    ReplyDelete
  5. bagus betul benteng BN ni, dia memenangkan BN disambil org munafik dan org kafir menumpang kesenangan, Fathul dok cerca DAP, tp dia x sedar ke, DAP terima bumiputera sbgi salah satu kepimpinan mereka, manakala MCA dan MIC tiada langsung bumiputera dan terang-terangan adalah parti berasasan perkauman dan full of kafir inside.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.