Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Pertemuan iLMU dengan Tun Mahathir

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Baru-baru ini pihak iLMU ada membuat perjumpaan dengan Tun Dr. Mahathir. Jadi apa isi bual bicara tersebut? Minta ustaz ceritakan sedikit.

Jawapan:

Alhamdulillah, kami diberi ruang untuk bertemu dengan Tun Dr. Mahathir. Kami berbincang beberapa isu dan membicarakan pandangan-pandangan yang kami berikan kepada beliau dan banyak juga nasihat-nasihat yang beliau berikan kepada kita sebagai seorang yang sangat berpengalaman iaitu bekas pemimpin nombor satu dalam negara dan masih berpengaruh dalam negara. Nasihat-nasihat dan kebaikan-kebaikan beliau kita kongsikan bersama.

Di dalam laman web ilmuanmalaysia.com kami telah menyenaraikan poin-poin perbincangan kami dengan beliau. Dan di antara poin yang beliau bangkitkan yang sangat menarik hati saya dan sahabat-sahabat yang bersama dengan saya iaitu kenyataan beliau tentang perpaduan. Beliau menyatakan perpaduan pada hari ini tidak akan berlaku kecuali atas nama Islam. Satu kenyataan yang saya kira perlu sama-sama kita popularkan dan sebarkan.

Islam Asas Perpaduan

Ini kenyataan mantan perdana menteri yang saya kira sangat berpengalaman dalam mengurus negara dan sangat berpengalaman dalam mengurus perselisihan-perselisihan yang berlaku di dalam dunia politik pada hari ini. Jadi apabila beliau memberikan pendapat dan pandangan bahawa tidak akan ada perpaduan melainkan atas nama Islam, inilah yang perlu kita laungkan dan sebar-sebarkan.

Banyak lagi nasihat-nasihat tentang dunia realiti pada hari ini, antaranya Islam tidak boleh berada di belakang, Islam perlu ke depan, pengalaman-pengalaman beliau ketika negara berurus niaga, mendapatkan peralatan-peralatan perang daripada negara luar, Israel, Amerika dan sebagainya.

Beliau turut menjelaskan kepada kami tentang firman Allah SWT berdasarkan pembacaan beliau. Kita perlu menghormati orang lain, tidak boleh kita berkata kepadanya bahawa beliau tidak mempunyai kelayakan dan tidak boleh membaca firman Allah SWT. Tidak ada masalahnya jika beliau hendak membaca dan menyatakan bagaimana pemahamannya, jika pemahamannya tidak betul mungkin kita boleh nyatakan pandangan dan pendapat kita, kerana beliau seorang yang terbuka minda dan pemikiran untuk berbicara dan berdiskusi.

Jadi apabila beliau menjelaskan firman Allah SWT,
Maksudnya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang untuk menggentarkan musuh Allah dan musuhmu.” (surah Al-Anfal, 8: 60)

Persiapan yang dimaksudkan adalah kita, tetapi berkata Tun Dr. Mahathir, kita tidak mempunyai persiapan. Pada hari ini persiapan kita masih lagi kita ambil daripada barat. Persiapan kita dari segi teknologi kita ambil daripadaAmerika,U K, Russia dan sebagainya. Jadi bagaimana kita boleh dikategorikan sebagai orang yang bersedia untuk berperang? Mana mungkin mereka memberikan kepada kita teknologi-teknologi yang baik dan hebat. Tidak mungkin. Maka kita perlu ada persiapan kita, dunia Islam pada hari ini perlu melihat ke arah itu juga.

Sebagai seorang yang berpengalaman sudah semestinya beliau telah melihat semua senjata-senjata ini kerana beliau dulu perdana menteri. Jadi perkara seperti ini kita perlu berikan pengiktirafan kepadanya. Fikirkan bagaimana cara untuk kita membantu, menyelesaikan permasalahan ini agar minda kita tidak terus dijajah.

Perbincangan berlangsung dan kami meminta agar terus berlaku diskusi, perbincangan, munashahah (saling menasihati). Dalam Islam dituntut munashahah dan membetulkan antara satu sama lain.

Saya amat berterima kasih kepada Dato Mukhriz juga yang menguruskan pertemuan dengan ayahanda beliau dan saya bersyukur dapat bertemu dan berbincang dengannya. Saya dengan beliau mungkin ada pendapat dan pandangan yang berbeza, cuma di sana terdapat cara dan kaedah dalam kita menyelesaikan perbezaan dan meluruskan perselisihan.

Kita menguruskan sebarang perbezaan dengan disiplin syara’, bukan dengan emosi. Kalau kita katakan orang lain tidak mengaji agama dan tidak tahu apa, cara begitu tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa. Kita merasa kita sahaja yang mengetahui semua perkara, sedangkan dia mungkin ada bahan bacaannya tetapi mungkin ada juga maklumat yang tidak sampai kepadanya sebagai manusia biasa. Saya juga ada perkara yang saya tidak tahu, sebagai manusia biasa saya perlu mengiktiraf kelemahan saya dan dia juga perlu mengiktiraf kelemahannya, barulah boleh berbincang dan bermuzakarah.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

UFB - Pertemuan ILMU Dengan Tun M

www.youtube.com/watch?v=ePOIVQaiq3Y
Pertemuan iLMU dengan Tun Mahathir Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.