Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Kehadiran Irshad Manji tidak dialukan

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, siaran akhbar 21 Mei 2012

SHAH ALAM - Aktivis liberal, Irshad Manji, tidak dialu-alukan di negara ini kerana dia jelas memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kemasukan individu seperti Irshad di negara ini perlu dihalang kerana ideologi yang dibawa boleh mengelirukan umat Islam.

“Tulisan dan ceramahnya boleh menjadi racun dan merosakkan akidah umat Islam. Seruan kebebasan yang dibawa secara jelas melanggar norma dan prinsip ajaran Islam.

“Agama adalah untuk mendisiplinkan manusia dan ada batasnya, tidak boleh bebas sesuka hati. Tetapi kebebasan yang diperjuangkan itu adalah tidak sepatutnya disokong dan perlu ditegah sebelum menjadi barah di dalam negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam

Menurut Fathul Bari, kerajaan bukan sahaja perlu melihat perkara itu secara serius, tetapi perlu mengambil tindakan­ tegas bagi memberi pe­nga­jaran kepada mereka yang terlibat.

“Pihak menteri sudah pun mengeluarkan kenyataan bagi melarang sebarang program Irshad, tetapi penganjur tidak mengendahkan hal itu. Tindakan yang lebih tegas perlu diambil sebagai pengajaran pada kemudian hari.

“Semua pihak, khususnya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan Islam, perlu bangkit menentang kemasukan individu seperti ini bagi memelihara kesucian Islam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pihak berkenaan menggunakan saluran­ yang betul dan bertindak secara rasional.

“Menghalang diskusi buku yang dianjurkan penulis itu antara amal makruf nahi mungkar yang paling cepat kita boleh buat.

“Bagaimanapun, caranya biarlah dengan syarie, bukan berdemonstrasi atau membakar sepanduk di jalanan. Kita gunakan saluran yang betul dengan menghantar bantahan memorandum dan sebagainya. Saya percaya apabila ramai bersuara, perkara itu dapat diatasi,” katanya.

Irshad, 44, penulis warga Kanada, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan­ umat Islam di seluruh dunia, bertajuk 'The Trouble With Islam Today', yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.
Kehadiran Irshad Manji tidak dialukan Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.