Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Cita-cita mati di Tanah Haram

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Bolehkah bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?

Jawapan:

Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,

مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ , فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا



Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.

Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi kesanadan terjun bangunan hotel (bunuh diri). Itu tidak akan mendapat syafaat (malah kufur).

Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik.

Wallahua’lam.

http://www.youtube.com/watch?v=5qIZz7yZnQ8&feature=plcp
Cita-cita mati di Tanah Haram Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.