Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Bukan Mati Syahid

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Menggelarkan orang syahid

Dalam menentukan seseorang itu mati syahid terdapat prinsip, kaedah atau dhawabit yang Islam gariskan. Orang yang mati syahid kubra (besar) yang tidak dimandi dan tidak dikafankan adalah orang yang berjihad dengan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip jihad.

Adakah orang yang mati dalam peristiwa Memali dikategorikan sebagai berjihad dan menepati ciri-ciri jihad yang sebenar?

Saya tiada komen tentang niat mereka dan kita tidak mendoakan mereka mati dalam keadaan yang tidak elok. Wallahua’lam, tetapi mati di dalam keadaan melawan dan menentang pemerintah muslim yang sah walaupun pemerintah itu pelaku maksiat atau apa pun, maka menentangnya dengan cara mengangkat pedang adalah satu cara yang tidak bertepatan dengan syariat Islam, dan perbuatan seperti itu tidak layak untuk digelar sebagai jihad.

Hal ini sesiapa jua mesti faham. Kita bercakap bukan atas dasar kepentingan, kita bercakap tentang sah atau tidak jihad tersebut.

Pada hari ini mengapa wujud golongan-golongan terroris, Jamaah Islamiyah (JI), Imam Samudera, penyokong Ustaz Ibrahim Libya, dan lain-lain? Mereka memanfaatkan ayat-ayat Al-Quran hasil daripada amanat dan fatwa yang sama; barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia kafir.

Hasil daripada amanat dan fatwa yang sama, mereka bangkit dan memberontak terhadap pemimpin yang sah. Jika kita kembali kepada sejarah Islam, golongan yang memberontak kepada pemimpin Islam yang sah adalah Khawarij.

Itu gelaran yang diberikan oleh Nabi SAW, bukan saya yang menggelar sesiapa. Dan ini adalah akidah Ahlus sunnah wal jamaah sejak zaman berzaman. Bukalah semua kitab-kitab akidah, bukalah tulisan Imam An-Nawawi ketika mengulas hadis-hadis tentang pemerintahan di dalam Syarah Sahih Imam Muslim, bukalah perkataan Al-Imam Asy-Syafi’i, Imam Abu Hanifah, Al-Barbahari, Ibn Baththah, Imam Ahmad Ibn Hanbal, dan ulama-ulama yang datang selepas mereka. Apakah ulasan mereka terhadap pemerintahan yang sah?

Al-Imam Hasan Al-Bashri ketika ditanya tentang bagaimana hukum solat di belakang Imam yang melakukan bid’ah dan maksiat. Kata Imam Hasan Al-Bashri, maksudnya:

“solatlah kamu (di belakangnya) dan dia kekal dengan bid’ahnya.”

Bererti dia kekal dengan kesilapannya, tetapi dosanya tidak terkena pada kita kerana Allah SWT Maha Adil!

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Maksudnya: “Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” (surah Az-Zumar, 39: 7)

Ini adalah keindahan Islam. Sebab itulah jika kita lihat pada zaman Hajjaj Ibn Yusuf, pemerintah yang kejam, tegas, malah membunuh sahabat-sahabat Nabi dan membunuh ramai umat Islam, apa yang dilakukan oleh sahabat yang lain pada zamannya? Sahabat Nabi; Abdullah Ibn Umar, Abdullah Ibn Abbas RA tetap bersolat di belakang Hajjaj Ibn Yusuf.

Beberapa orang sahabat Nabi dan beberapa orang tab’in dibunuhnya, kita pada hari ini mungkin tidak akan solat di belakangnya, layak bergaduh dan bertumbuk sahaja dengannya. Tetapi para sahabat RA tidak melakukan demikian kerana mereka memikirkan kemaslahatan umum.

Jadi asasnya jihad ini ada kaedahnya, jihad berlaku apabila ada arahan dari pemimpin Islam yang sah memberikan keizinan, serta cukup syarat-syarat yang perlu dirincikan lagi di mana tidak sesuai untuk kita bicarakan di sini. Maka setelah sempurna syaratnya barulah seseorang itu boleh berjihad.

Kita tidak ada kuasa untuk menggelarkan seseorang itu syahid. Al-Imam Al-Bukhari meletakkan satu bab di dalam kitab sahihnya “Bab Larangan Menggelarkan Seseorang itu Syahid”. Tidak boleh menggelarkan orang mati syahid kerana tiada siapa yang mengetahuinya.

Syahid adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Yang berhak menentukan syahid hanya Allah SWT dan Muhammad SAW. Mengapakah kita dengan mudah menggelarkan syahid, tidak lain dan tidak bukan kita bertujuan membakar semangat dan menimbulkan provokasi. Kita ingin membina persepsi bahawa kerajaan telah membunuh orang-orang Islam yang berjuang dan berjihad. Itu sahaja tujuan sebenarnya.

Perkara seperti ini perlu diperjelaskan kepada masyarakat. UMNO perlu memberi penjelasan bukan kerana kepentingan dan kedudukan parti tetapi kerana Islam. Kita hendak merealisasikan firman Allah SWT,

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
Maksudnya: “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk mengangkat kedudukannya (Islam) lebih zahir daripada semua agama yang lain. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.” (surah Al-Fath, 48: 28)

Ini adalah tugas dan tanggungjawab kita pada saat agama digunakan untuk kepentingan politik dan parti-parti tertentu.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

www.youtube.com/watch?v=D-KvC1vO4PY
Bukan Mati Syahid Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 10:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. bercakap tentang sah atau tidak jihad.

    Kalau kita tidak boleh menggelarnya dgn gelaran itu? Bukankah menjadi satu pahala utk kita menggelarnya asy-syahid dgn niat mendoakannya termasuk dlm golongan itu?

    Jadi asasnya jihad ini ada kaedahnya, jihad berlaku apabila ada arahan dari pemimpin Islam yang sah memberikan keizinan, serta cukup syarat-syarat yang perlu dirincikan lagi di mana tidak sesuai untuk kita bicarakan di sini. Maka setelah sempurna syaratnya barulah seseorang itu boleh berjihad.

    ReplyDelete
  2. Imam Al-Bukhari rahimahullah membuat bab, “Bab tidak dikatakan fulan syahid”. Berkata dalam Fathul Bari (6/90) “Maksudnya dengan kepastian, kecuali hal itu telah ditetapkan oleh wahyu” sepertinya beliau memberi isyarat kepada hadits Umar, suatu hari ia berkhutbah, kalian mengatakan dalam peperangan kalian fulan syahid, dan meninggal fulan dengan syahid, mungkin saja ia telah menindas tunggangannya. Sekali-kali tidak, janganlah kalian mengatakan itu!

    Akan tetapi katakanlah seperti apa yang dikatakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Barang siapa yang mati di jalan Allah atau terbunuh maka ia syahid”. Hadits ini hasan dikeluarkan Imam Ahmad, Sa’id bin Manshur dan yang lainnya dari jalan Muhammad bin Sirin dari Abu Al-’Ujfa’ dari Umar.

    http://ghuroba.blogsome.com/2008/11/24/hukum-memberi-gelar-asy-syahid-pada-person-tertentu/#more-327

    ReplyDelete
  3. Setelah membaca artikel ini, adakah ini bermakna polis2 dan tentera yg gugur ketika melawan penceroboh di lahad datu itu digelarkan syahid kerana dibenarkan oleh pemerintah yg sah?

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.