Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Ustaz Fathul Bari Komen Isu Demo PTPTN

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Pertama sekali tetang idea pemansuhan PTPTN. Sebelum kita hendak berbicara tentang pemansuhan PTPTN, kita perlu berbicara dan berbincang tentang bagaimana orang yang berhutang perlu melangsaikan hutang-hutang mereka terlebih dahulu.

Hukum berhutang dan membayar hutang

Kita perlu ingat bahawa hutang di dalam Islam adalah suatu keharusan, tetapi membayar semula hutang adalah suatu kewajipan. Bahkan di dalam hadis;
Nabi pernah hendak solat keatas seorang lelaki. Kata Nabi SAW, ‘Adakah baginya mempunyai hutang?’. Sahabat menjawab, ‘ada ya Rasulullah’. 

Nabi pun berkata lagi, “kamu semua solatlah tetapi aku tidak mahu solat keatas saudara kamu’. Sehinggakan datang seorang sahabat Nabi lalu berkata kepada Nabi SAW, ‘Ya Rasulullah aku akan membayar semua hutangnya’. Maka barulah Nabi SAW mahu solat keatasnya. (riwayat Imam al-Bukhari)

Ini adalah satu hal, tetapi banyak lagi hal-hal berkaitan dengan mengambil harta orang secara batil iaitu secara umumnya dan begitujuga tentang hutang yang tidak dibayar. Bahkan orang yang berhutang berniat untuk tidak membayar hutang.

Caj perkhidmatan atau riba’

Berkaitan dengan PTPTN pula mungkin terdapat perkara-perkara yang kita tidak setuju dan yang perlu kita perbaiki. Antaranya adalah daripada sudut sistemnya, daripada sudut penambahan ketika pembayaran yang dahulunya digambarkan sebagai riba tetapi mereka telah ditukarkan sebagai sistem ujrah. Ujrah ini bererti cas perkhidmatan. Saya pernah menemui sahabat-sahabat yang membuat pinjaman PTPTN ini, beliau menyatakan cas perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN agak terlalu tinggi. Jadi mungkin hal ini boleh dibicarakan dan dibincangkan. Ini bukan bertujuan untuk menghapuskan sistem secara keseluruhan.

Pada tahun 1997,1998 dan 1999 ekonomi sedang gawat, tetapi tiba-tiba kita merancang untuk menubuhkan satu sistem pen-dana-an. Pada hari ini dalam keadaan sistem tersebut seperti kita memberikan pinjaman kepada seseorang, selepas itu dia tamat belajar dan membayar semula pinjaman tersebut, seterusnya diberikan kepada orang yang tidak berkemampuan yang lain pula.

Cuma di sini terdapat perkara-perkara yang birokrasinya, perkara-perkara yang mungkin kita tidak bersetuju serta kaedah perlaksanaan, kaedah memberi pinjaman dan kaedah membayar semula. Perkara seperti ini kita boleh dibawa berbincang. Idea menghapuskan serta memansuhkan ini saya rasa kita perlu teliti dari banyak sudut. Pakar-pakar ekonomi memahami dan mengetahui hal seperti ini.

Adakah kita ingin menjadi seperti negara Greace pada hari ini. Well fare country terkenal dengan Negara kebajikan tetapi mereka pada hari ini sudah bankrap. Saya lebih bersetuju dan cenderung dengan pendapat sistem itu perlu diteliti dan dianalisa semula. Mungkin kita boleh perkemaskinikan perkara-perkara yang tidak benar, perkara-perkara yang bercanggah serta perkara-perkara yang terkurang. Kita perbetulkan dan perbaiki untuk kemaslahatan dan kepentingan bersama. IPTS swasta setahun RM60,000.00, siapakah yang mampu membayarnya? Jadi perkar-perkara seperti ini perlu dilihat dengan reality dan jangan mengikut emosi.

http://www.youtube.com/watch?v=LFtDRfV6yvg
Ustaz Fathul Bari Komen Isu Demo PTPTN Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 6:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA "UJRAH" YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA "UJRAH" YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR.....ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.



    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

    ReplyDelete
  2. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Hello am Mr, waren bufett, seorang pemberi pinjaman pinjaman sah dan boleh dipercayai, terma dan syarat pinjaman adalah jelas dan difahami pada kadar faedah sebanyak 2%. dari USD $ 12,000 kepada $ 8000000, euro dan pound. menyediakan pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta dan pinjaman untuk membayar bil-bil. jika anda memerlukan pinjaman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung In: (warenbufettloanfirm11@gmail.com)
    Tuhan merahmati kamu.

    Yang ikhlas,
    Puan: Harap perkhidmatan
    E-mel: warenbufettloanfirm11@gmail.com)

    Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada: (warenbufettloanfirm11@gmail.com)

    peminjam DATA
    1) Nama Penuh: ............................................. ..........
    2) panjang: .............................................. ........... ..
    3) Alamat: .............................................. ............
    4) Negara: .............................................. .............. ..
    5) Seks: .............................................. ..................
    6) Status perkahwinan: ............................................. ....
    7) Kerja: .............................................. ..... ..
    8) Nombor Telefon: ............................................. ...
    9) Kedudukan masa ini di tempat kerja: .....................
    10) Pendapatan Bulanan: .............................................
    11) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....................................
    12) Pinjaman Tempoh: ............................................. ...
    13) Tujuan pinjaman: .......................................... ..
    14) Agama: .............................................. ........ ..
    15) Adakah anda memohon sebelum .................................

    terima kasih,

    jangkaan perkhidmatan Mr.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.