Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Ulama yang boleh dijadikan rujukan

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Senarai nama ulama’ yang boleh dijadikan rujukan sangat banyak.

Pertama sekali ialah mengenali cirri-ciri ulama’. Kita lihat perkataan Nabi ketika mencirikan ulama. Nabi sebut mudah sahaja,
Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

(diriwayatkan At-Tirmidzi, no. 2681. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmidzi)

Oleh yang demikian itu satu ciri asas kepada ulama ialah melihat kepada ilmu yang disampaikan. Apabila ilmu itu sesuai dengan apa yang Nabi sebut atau tidak. Apabila sesuai dengan apa yang Nabi sebut, maka dia adalah ulama’, sebaliknya jika bercanggah maka bukan ulama’.

Sebagai contoh di Jordan, kita perlu kenal Syaikh Ali Hassan al-Halaby dan gurunya Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah. Begitu juga Syaikh Masyhur Hassan Salman, Syaikh Salim Eid al-Hilali dan Syaikh Musa Nasir kesemua mereka dari Jordan.

Ulama dari Arab Saudi pula termasuk ulama’ yang sudah meninggal seperti Syaikh Bin Baz, Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahumullah. Juga Syaikh Ibn Jirbin, Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan, Syaikh Ibrahim Amir ar-Ruhaili, Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr, Syaikh Prof Abdul Razzak Al-Badr hafidzahumullah.

Saya juga mencadangkan agar kita merujuk kepada website tertentu. Antaranya seperti islamweb.com.  Manakala website bahasa Melayu dari Indonesia yang bagus termasuk muslim.or.id. dan al-manhaj.or.id. Dan dalam bahasa Melayu Malaysia kita boleh lihat an-nawawi.blogspot.com. Melalui website ini juga kita akan dapat mengenali ulama’ yang menjadi panutan dan rujukan mereka.  Dari sana juga kita dapat lihat bagaimana mereka membahas persoalan agama dengan adil.

Maklumat di internet boleh diperoleh dan akses dengan mudah. Hanya sahaja cadangan ini diberi supaya kita mudah peroleh bahan dan penulisan yang ilmiah. Apabila disebut sebagai ilmiah, ia bermakna ia tidak akan terlepas dari sumber rujukan Al-Qur’an, As-Sunnah berdasarkan penjelasan sahabat nabi ataupun generasi awal Islam (dikenali sebagai salaf).

Website ini boleh kita manfaatkan untuk melangkah lebih jauh dalam ilmu. Melalui kaedah ini barulah kita akan dapat mengenali khazanah ilmu dan ulama Islam yang cukup luas. Adalah mustahil untuk kita senaraikan kesemua nama-nama ulama’ . 

Green Village Club House, Doha, Qatar

09 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

Video Rakaman: http://www.youtube.com/watch?v=_yuGOa6PDAM
Ulama yang boleh dijadikan rujukan Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.