Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Lelaki dan Perempuan Kongsi Surau

Soalan

Di tempat kerja, kami berkongsi tempat solat antara lelaki dan perempuan. Adakah saya dikira mengambil atau mengganggu hak orang lain untuk menunaikan solat, jika saya ingin mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Ini kerana saya mengunci pintu ketika solat untuk mengelakkan terganggu.

Jawapan

Dalam kes bilik solat yang kecil, insya Allah berkongsi cara begini secara bergilir-gilir tidak mengapa. Beberapa perkara perlu dilihat, pertamanya adakah bilik solat itu kecil atau besar. Keduanya, adakah wujud pengasingan atau partition yang memisahkan antara lelaki dan perempuan sekiranya ruangan itu besar.

Katakan ruangan solat itu kecil dan boleh memuat dua orang sahaja dalam satu masa. Maka tidak menjadi masalah jika digunakan secara bergilir-gilir dan bilik itu dikunci dari dalam  ketika jemaah wanita menggunakannya. Manakala jemaah yang lain perlu menunggu giliran masing-masing, kerana waktu solat umumnya agak panjang.

Kalau bilik itu besar, boleh diusahakan supaya diadakan pemisah atau partition. Kalau tidak ada pemisah dibimbangi akan menimbulkan isu yang lain. Tidak sedikit kes surau dan tempat ibadah disalahgunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah.

Adapun jika situasi dia ingin menunaikan solat sunat, dalam masa yang sama menyebabkan orang lain ingin menunaikan solat fardu terlewat. Untuk tujuan maka tida wajar seseorang itu menunaikan solat sunat dan dalam masa yang sama menyebabkan jemaah lain terganggung atau terpaksa menunggu dari menunaikan solat fardu.

Adapun jika dia ingin menunaikan solat sunat pada waktu-waktu yang lain seperti solat sunar Dhuha atau waktu-waktu yang tidak mengganggu atau melewatkan urusan solat fardu jemaah lain, itu tidak mengapa.

soalan ini ditanyakan dalam kuliah Ringkasan Shahih Bukhari Karya Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani bertarikh 23/02/2012 lokasi Yayasan Ta'lim.

http://www.youtube.com/watch?v=qgQqSZy9NwA
Lelaki dan Perempuan Kongsi Surau Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.