Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Hukum Pemimpin Islam Menyokong Pemimpin Bukan Islam

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Allah swt telah menyebut dengan jelas, firmannya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” (surah Al-Maidah, ayat no. 51)

Tetapi hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya.

Kerana itu kita perlu fikirkan bahawasanya Islam jika hendak bekerjasama pun, kita perlu dominant. Kita perlu dominasi(menguasai) dan kita perlu majoriti.

Hujjah Tahalluf Siyasi & Perjanjian Hudaibiyah

Jika kita tersepit, terpaksa mengikut apa yang mereka perkatakan. Ianya sudah tidak dominan. Dalil-dalil dan penghujahan-penghujahan mereka ialah seperti ‘tahalluf siyasi’ dan perjanjian Nabi bersama kum kuffar.

Akan tetapi tetapi yang benarnya di Hudaibiah, Nabi membuat perjanjian di dalam keadaan umat Islam seluruhnya bersatu dan Nabi membuat perjanjian itu atas sebab pada ketika itu Islam belum ada kekuatan.

Tetapi kita membuat perjanjian dalam keadaan umat Islam berpecah belah. Buatlah perjanjian dengan umat Islam iaitu sesama Islam. Inilah yang sepatutnya kita kehadapankan.

http://www.youtube.com/watch?v=xIxRz1kcl50
Hukum Pemimpin Islam Menyokong Pemimpin Bukan Islam Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 12:09 PM Rating: 5

2 comments:

  1. بسم الله الرحمن الرحيم
    Ust. Ana minta copy paste setiap artikel yang ustadz posting.
    جزاك الله خيرا

    ReplyDelete
  2. Admin:

    Silakan ya akhi. Barokallahufik.

    Mohon disertakan link blognya.

    Jika ada kesilapan ejaan atau rujukan dalil mohon dibetulkan dan dimaklumkan kepada admin. Wallahuaklam.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.