Top Ad unit 728 × 90

Terbaru

recent

Kepercayaan Karut 'Crossed Fingers Touch Wood'

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Bagaimana untuk kita memperbetulkan sahabat-sahabat kita yang menyebut Alhamdulillah, tetapi pada masa yang sama berkata ‘crossed fingers touch wood’ dan apakah hukumnya meminta keberkatan dengan cara tersebut?

Isu-isu seperti ini telah saya sebutkan iaitu tasyabbuh yang bermaksud kita menyerupai satu budaya dan satu sikap golongan-golongan yang  Allah S.W.T dan rasulnya laknati. Antara contohnya lagi, ketika Nabi S.A.W datang ke Madinatul Munawarah, masyarakat Ansar yang telah memeluk agama Islam pada ketika itu, mereka menyambut perayaan Nairus dan Mahrojan. Dua perayaan yang disambut oleh golongan Majusi iaitu nenek moyang mereka terdahulu dan disambung oleh mereka.

Ianya sudah menjadi satu budaya kepada masyarakat ini. Sehingga Nabi bertanya kepada mereka hari apakah yang disambut oleh mereka. Mereka pun menjawab ‘kami bermain dan bergembira di dua hari ini sejak zaman jahiliah lagi. Maka Nabi berkata sabdanya,
“Sesungguhnya Allah telah menukarkan dua hari yang lebih baik daripada dua hari ini iaitu hari raya puasa dan hari raya haji” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Walaupun sudah menjadi satu budaya serta adat turun temurun dan mereka menyatakan bahawa meraka tidak mempunyai sebarang kepercayaan terhadap perayaan tersebut tetapi mereka gembira pada dua hari ini kerana perayaan ini telah lama mereka raikan.



Akan tetapi Islam telah datang menukarkan dua perayaan tersebut menjadi hari raya puasa dan hari raya haji. Maka apa sahaja kepercayaan karut crossed fingers touch wood dan sebagainya di mana ia merupakan asas budaya-budaya daripada budaya bukan Islam, apatah lagi terkait pula dengan keberkatan, tuah dan sial adalah termasuk di dalam umum hadis Nabi S.A.W sabdanya,
“Sesungguhnya mempercayai sial itu adalah syirik” (riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Kerana attiyarah ini adalah daripada burung, di mana pada zaman Arab Jahiliah dahulu, sebelum mereka keluar rumah mereka akan melepaskan burung dahulu. Jadi seandainya burung tersebut terbang ke kanan, ianya akan dikategorikan sebagai tuah dan dibenarkan mereka  keluar. Tetapi  seandainya burung tersebut terbang ke kiri, ianya akan dikategorikan sebagai sial dan tidak dibenarkan mereka keluar.

Jadi kepercayaan-kepercayaan seperti ini adalah kepercayaan khurafat, bahkan kata Nabi S.A.W ia merupakan perkara yang syirik.

Muscat,Oman

07 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

http://www.youtube.com/watch?v=hDvio7sGrIU
Kepercayaan Karut 'Crossed Fingers Touch Wood' Reviewed by Fathul Bari Mat Jaya on 4:00 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Dr. Fathul Bari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Abu Aqif Studio

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.